Tidak mengapa jika
anda menukar fikiran anda
365 – Jaminan Wang Dikembalikan | |
Ia adalah janji kami untuk memastikan anda menikmati udara yang terbaik. |
Jika anda percaya bahawa kami tidak membantu anda mencapai yang terbaikatau jika anda berubah fikiran, hanya kembalikan produk tersebut kepada kami dalam masa 365 hari dari tarikh pembelian. Kami akan lebih daripada gembira untuk mengembalikan wang anda -tiada soalan yang diajukan.
Bagaimanakah untuk Mendapatkan Bayaran Balik?
1
Kemukakan Borang
2
Hantar produk kembali ke Medklinn
3
Bayaran balik akan dipindahkan ke akaun bank anda
Produk-Produk yang Layak
Hanya produk berikut dengan nombor-nombor siri ini yang layak:
Siri Rumah
Asens+20: 328-CC-00-XXXXX
Asens+40: 348-CC-00-XXXXX
Siri HomeTravel
Versa 25: 625-BB-00-XXXXX
Versa 45: 645-BB-00-XXXXX
Siri Auto
Autoplus: 58CXXXXX
Docking: 68CXXXX
Terma-Terma & Syarat-Syarat Jaminan Pemulangan Wang-365 (“Jaminan”)
- Tempoh Jaminan adalah 365 hari kalendar dari tarikh pembelian.
- Jaminan hanya terpakai untuk pembelian yang dilakukan mulai 23 Julai 2019 dan seterusnya.
- Jaminan hanya terpakai untuk pembelian yang dilakukan di: –
- Kedai Dalam Talian Rasmi Medklinn (www.medklinn.com/my/online-store);
- Bilik Pameran Medklinn yang terletak di No. 22, Jalan Pengacara U1 / 48, Taman Perindustrian Temasya, 40150 Shah Alam;
- Pameran Medklinn
- Jaminan tidak boleh digunapakai untuk pembelian yang dilakukan di kedai-kedai lain seperti: –
- Pasaran dalam talian (seperti Lazada, Shopee, Lmall, PrestoMall);
- Kedai elektrik;
- Rantaian Farmasi;
- Kedai aksesori kereta;
- Kedai Runcit;
- Lain-lain
- Jaminan tidak boleh digunapakai untuk pembelian yang dilakukan dengan Pelan Pembayaran Mudah.
- Produk mestilah dikembalikan ke Bilik Pameran Medklinn di No. 22, Jalan Pengacara U1 / 48, Taman Perindustrian Temasya, 40150 Shah Alam dengan kos anda sendiri.
- Sesalinan invois asal mestilah dikemukakan bersama-sama dengan produk untuk tujuan pengesahan.
- Tarikh pengembalian adalah tarikh produk diterima oleh Medklinn di premisnya.
- Jaminan hanya terpakai untuk produk berikut dengan nombor-nombor siri ini.
Siri Rumah |
ASENS+20: 328-BB-00-XXXXX
ASENS+40: 348-BB-00-XXXXX |
Siri HomeTravel |
VERSA25: 625-BB-00-XXXXX
VERSA45: 645-BB-00-XXXXX |
Siri Auto |
AUTOPLUS: 58CXXXXX
DOCKING: 68CXXXX |
- Setelah Medklinn International Sdn Bhd (“Medklinn”) menerima produk, e-mel pengesahan akan dihantar. Sila tunggu 4-6 minggu untuk pembayaran balik diproses melalui pindahan wang melalui bank.
- Peratusan bayaran balik adalah seperti berikut:-
# Hari/Bulan dari Tarikh Pembelian | % Bayaran Balik daripada Harga Pembelian |
Kurang daripada 14 hari
15 hari – 7 bulan 7 bulan 1 hari – 12 bulan |
95%
60% 40% |
- Jaminan ini hanya terpakai untuk unit yang tidak dirosakkan, dijatuhkan, dihancurkan atau dianggap (oleh Medklinn) sebagai disalahgunakan. Keadaan unit akan ditentukan oleh Medklinn setelah menerima dan memeriksa unit tersebut.
- Semua hadiah percuma dan baucar, jika mana-mana yang datang dengan pembelian mestilah dikembalikan bersama-sama dengan produk tersebut. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan nilai penuh hadiah dan / atau baucar ini akan dikurangkan daripada bayaran balik bersih.
- Sekiranya terdapat pertikaian, keputusan Medklinn adalah terakhir dan muktamad. Medklinn berhak menolak permohonan pembayaran balik.
- Setelah dimaklumkan oleh Medklinn, pengembalian yang ditolak hendaklah dipungut oleh pelanggan dalam masa 30 hari. Sekiranya tidak dipungut, unit tersebut akan dilupuskan selepas 30 hari.
- Pelanggan hanya boleh mengembalikan maksimum DUA (2) unit mana-mana model sepanjang hayatnya.
- Medklinn berhak untuk meminda Terma dan Syarat tanpa makluman awal.